Tuesday, 20 May 2014

No Tittle!!!

      Assalamualaikum cinta..

Sekarang da hampir ke jam 12 malam dan aku masih di sini ingin mencoretkan dan meluahkan apa yang aku rasa..

Aku seorang gadis, ya seorang gadis yang mana perasaannya terkadang tidak menentu.
Haha adat bukan bila hati dan perasaan seorang gadis itu bercampur? Aku hanya seorang gadis yang terkadang hatinya berasa terlalu gembira, sedih, kecewa marah akan sesuatu perkara.

Aku ingin mengatakan bahawa hati aku da cukup penat dgn semua permainan dunia ini. 
Mengapa mereka tidak pernah mahu mengerti aku? Mungkin ada yang mengerti aku ucapkan jutaan terima kasih, tapi kau? Kau yang selalu buat aku menangis bila ingat kau, kau yang selalu tak ada utk aku, kau yang bertakhta dalam hati aku..
Mana kau? Aku rindu kan kau..
Aku tertanya, mana kau saat aku betul-2 perlukan kau? 

Kenapa kau buat aku mcm tak wujud?
Sebenarnya siapa aku dekat kau? Haa?
Kau seringkali ucap kata sayang, rindu dekat aku,
Tapi aku merasakan itu semua datang hanya di bibir kau,
Dan bukannya datang dari hati kau kan?

Memang suka mainkan perasaan orang?
Kau bahagia bila melakukan itu?

Aku da cuba dgn sebaik mungkin utk buang perasaan yang seringkali menganggu aku.
Tapi aku ni seorang manusia yang selalu kalah pada kata hati.
Aku cuba utk faham kau, aku sanggup tolak perasaan aku sendiri utk kau.
Aku sanggup biarkan hati aku sakit semata-mata nak bahagiakan kau.

Emm kau nampak tak semua tu???
Aku rasa kau hanya nampak aku yang sering lupakan kau sedangkan tidak.
Kau mula berkata itu ini tentang aku, 
Kau kata aku tak pernah faham kau,
Kau kata aku tak hargai kau.
Kau kata aku takda bila kau perlukan aku.
Kau kata aku egois. 
Oh, andai kau tahu apa yang aku rasa. apa agak kau akan buat?

Dan saat tu bila aku mula meluahkan rasa tidak puas hati aku,
Kau mula berkata yang aku tak ikhlas dengan kau.
Kau kata aku mempermainkan perasaan kau.
Kau kata aku hanya gunakan kau utk kepentingan aku sendiri.
Kau kata aku ni  sama sahaja dengan gadis-2 yg sebelumnya.

Kenapa? Kenapa kau sikit pun tak pernah nak faham aku??
Kau tau tak betapa sakitnya bila kau selalu tuduh aku?
Kau boleh rasa tidak bila terjadi benda ni dekat kau?

Aku bkn mintak banyak dari kau.
Aku hanya mahukan perhatian kau, 
Supaya aku tahu yang aku begitu istimewa dekat kau.

Kau tau bila masa tu kau terasa hati dgn aku,
Walaupun kadang masalah itu punca dari kau,
Aku cuba untuk pujuk kau dengan segala cara apa sekalipun.
Aku rendahkan ego aku utk pujuk kau.
Aku beralah dgn kau sbb aku tak suka berkelahi dgn orang yg aku sayang.
Aku cuba pelbagai cara utk lembutkan hati kau walaupun ketika itu hati aku sakit yang amat,
Tapi.. Aku ketepikan perasaan aku sendiri sbb kau.

Pernah kau fikir??

Saat kau merajuk, aku yang selalu pujuk kau.
Tapi bila masa benda tu terjadi pada aku.
Aku perlukan pujukan kau, tak perlu bermadah.
Hanya dgn kata "saya minta maaf" sahaja sudah memadai bagi aku.

Tapii.. Haha tak ada pun kata pujukan,kata maaf dari kau.
Aku cuba tidak tegur kau nak tgk sejauh mana kau rindukan aku.
Gayanya macam tidak kau rindukan aku..

Akhirnya aku ambil keputusan utk pujuk diri aku sendiri.
Aku berkata "hati, mungkin dia sibuk,tak apa lah"

Sedangkan kau waktu itu sedang bergelak ketawa.
Kau rasa adil tak utk aku semua ni??

Ada kau tau aku menangis setiap malam disebabkan kau?
Ada kau tau aku terasa dgn kau bila kau tak pedulikan aku?
Ada kau tau betapa rindunya aku bila tak jumpa dengan kau?

Ada kau tau betapa sakitnya bila terpaksa menahan rindu yang membungkam utk kau?
Ada kau tahu semua itu?? 


Jika benar kau sayang akan aku beritahu aku.
Jika benar kau cintakan aku, luahkan lah.
Aku sanggup tunggu kau... 

Ingat yang aku selalu ada utk kau sayang.
Bila kau ada masalah, jgn silu mahu carik aku yee?
Aku tak ke mana-mana. Datang lah kpd aku..
Aku sentiasa tunggu kau..


 

No comments:

Post a Comment