Monday, 26 May 2014

Jujur...

   Assalamualaikum..

Emm mcm mana nak mula ye
Jujur? em nampak mcm senang nk buat tp sebenarnya tak.
Orang yg takde dekat tempat kita, dorang taktau ape yg kita rasa.
Sebab tu mudah dorang kata " alah kau ni jujur je lah dgn dia"
 Hahaha kau igt senang? Tak weyy..

Ye, memang aku nak jujur tapi aku malu lah.
Tau tak malu? Kau bayangkan. Kau suka dia, kau nak sangat jujur bgtau dye
Tapi kau tak bgtau pon. Sbb apa?Sbb malu kan? Mcm tu jugak lah dgn aku.
Haihh. Kau taktau dalam hati aku ni mcm ape je bila pandang kau.
Kau tau time aku pandang kau tu nak je aku bgtau semua.

Hati aku mengiyakan, tapi akal aku pulak menidakkan.
Mcm mana? Kau bgtau aku mcm mana aku nak bgtau?
Susah lah wey, bkn aku taknak jujur tp tah lah, aku tak kuat.


Em. Aku sayang kau, ye aku sayang kau.
Bukan aku taknak tunjuk yg aku sayang kau
Tapi aku taktau mcm mana nak tunjuk dkat kau..
Aku tak tau dgn cara mcm mana yg nak buktikan yg aku sayang kau,
Jujur lah aku kata, aku suka bila kau usik aku, 
Walaupun kadang mcm "annoying" tapi aku tak kesah
Hehehe,
Ishh aku nak je letak nama kau dekat sini biar kau tau,
Haha kau akan baca ke semua ni?
Sebab semua yg aku tulis semua utk kau.

Sebab aku tak mampu nak luah dekat kau,
Aku luahkan dekat sini.. Hahahaha

Aku tak boleh berhenti fikirkan kau lah wey
Apa semua yg aku buat mesti terselit muka kau
Wahhh bahagia nyaa aku kau tau..
Haa wey nak tau tak?
Aku kan sebenarnya selalu mimpi kan kau..

Hehehehe bila aku bangun, benda pertama aku buat aku igt balik mimpi tu
Semua apa yg kau buat, yg kau ckp dlm mimpi aku semua aku igt
Hehe sampai tersenyum sengsorang lah aku dibuatnya.
Kau tau seronoknya andai mimpi-2 aku tu semua jd kenyataan.
Serious aku lah org paling bahagia..

Aduhaiii, kalau aku pggl kau sayang, kau marah tak??
Sbb aku memang sayang kan kau weyy..
Mcm yg aku ckp. Sayang aku utk kau takkan berubah
Susah nak hilangkan rasa sayang ni..
Mana-2 aku pergi aku bawak sayang aku utk kau..
Aku tak pernah tinggal. 
 Aku taktau sama ada kau nak percaya atau tak
Sebab apa yg aku tulis ni semua dr hati aku,
Aku bayangkan kau Blog ni, biar kau tau semuaa.


Berhenti duluu.
Sayang ikhlas dari aku utk kau..
Bye.

Friday, 23 May 2014

......

  Assalam..

Hurmm,
Aku taktau nak cakap mcm mana.
Sbb hari ni sama je dgn hari-2 yg aku lalu sebelum ni,
Setiap hari di mana aku yang selalu tunggu kau.

Tunggu kau memulakan bicara,
Aku je yang beria ria utk semua tu.
Kau pun mcm biasa aku tgk. 
Kenapa aku tak berhenti utk kejar kau?
Kenapa aku tak pernah penat?


Apa aku ni da terlalu bodoh eh?
Bodoh utk  terus belanja air mata aku sbb kau?
Kadang aku fikir kenapa aku tak buta?
Sbb bila aku buta, aku tak kenal cinta, aku taktau apa tu sayang.

Aku tak sakit hati, aku tak membazir air mata aku.
Aku takkan kenal kau dan aku takkan sayang kau mcm mana yang aku sayang kau sekarang,
Kenapa? Kenapa mesti ada perasaan sayang?
Kenapa perasaan tu taknak hilang dan susah nak padam?

Apa sbb aku da terlalu sayangkan kau?
Aku da cuba, bukan tak cuba utk lupakan kau

Aku da cuba buang kau dr hati aku tapi semua tu sia-sia
Tak jadi apa-apa pun, makin aku cuba makin lama aku yang terasa sakit.

Aku cuba utk bercakap dgn kau, tapi aku tak mampu,
Secara jujur, kau nak aku buat apa??
Kalau kau dengan aku terus macam ni sampai bila nak selesai?
Kita asyik mengadu dekat org tapi kita sendiri taknak luahkan bila depan-2.

Kenapa kau tak percaya yang aku sayangkan kau?
Kau nak bukti yang mcm mana lagi biar kau percaya yang aku sayangkan kau?

Kau nak aku jujur dgn kau tentang perasaan aku dekat kau.

Andainya aku jujur dgn kau, apa kau akan melakukan hal yang sama?
Masalah utama skrg antara kita tak ada siapa yang nak mulakan dulu.

Kau pendam aku pendam dan benda ni akan terus tergantung tak ada kesudahan.
Sampai bila nak mcm ni?

Kau kata kau takut kalau satu hari nanti kita da tak ada apa-2 hubungan

Kita takkan bertergur. Ya aku pun takut, tapi cuba kau fikir balik
Waktu sekarang ni pun kita tak bercakap? Kan?
Hurm aku da mcm org gila fikir mcm mana nak selesaikan masalah ni.


''Separuh jiwa aku nak aku berhenti dr terus bersama kau
Separuh jiwa aku kata jauhkan diri dari kau adalah yang terbaik
Itulah separuh jiwa aku yang berkata berhenti kejar kau.
Tetapi, ada pula separuh jiwa aku yang tak dpt nak tolong.
Separuh jiwa aku yg rasa udara yg aku hirup dah dibawa pergi bersama kau
Separuh jiwa aku yg hilang bila kau berlalu tanpa kata
Ada pula separuh jiwa aku yang nampak kau begitu istimewa buat aku
Dan itulah separuh jiwa aku juga berharap  bahawa kau juga rasa apa yg aku rasa"

Satu aku nak kau tahu,
Aku nak kau selalu ada utk aku
Aku nakkan perhatian kau utk aku.
Aku nak kau faham aku. Tu je,
Terima kasih...

Thursday, 22 May 2014

Kenapa?

    Salam..

Emm aku tak tau nak mula macam mana..
Aku bingung, keliru..
Tiap kali aku fikirkan kau, aku sakit.
Sakit yang teramat sangat..

Kau tau tak bila aku rindu apa yang aku buat?
Aku tak stalk kau sebab nanti aku yang sakit lagi.

Bila aku rindu, aku baca balik semua chat kita dulu.
Bila aku baca, aku akan ketawa sengsorang,
Fikir balik seronok nya kalau kita terus mcm dulu.
Tapi makin aku baca, makin deras air mata aku keluar,
Hahaha.

Kenapa aku tak pernah berhenti fikirkan kau?
Apa yang ada dekat kau sampai aku jadi mcm ni?
Kenapa aku bodoh sangat?
Kenapa aku baca semua conversations tu semua?
Kenapa wey?

Kerana secara jujur aku tak pernah lupakan kau
Aku tak boleh lupakan kau..
Untuk bagitau kau, aku segan.

Mungkin aku punya senyum,gelak tawa
Kau nampak semua tu, kau rasa aku baik-baik je.
Tapi dalam hati aku? 
Ada kau tau? Ada kau fikir?
Aku menangis utk kau, ada kau tau?
Pernah tak sekali kau fikir dan kau tanya diri kau
"kenapa dia nampak sedih?"
"kenapa dia selalu takda mood?"

"kenapa dia macam takde semangat?"
Ada kau tanya dekat diri kau mcm tu? Ada tak?


Atau pernah kau berfikir,
"dia sedih sebab aku ke?"
"aku ke yang buat dia mcm tu?"

Pernah fikir?
Kau tau bila aku nampak kau on, hati aku punya lah bahagia.
harap kau tegur aku tapi aku hanya boleh mimpi je utk semua tu..
Kau bayangkan tgk nama kau dlm list "online" je aku dah happy
Ntah ni kan pulak kalau kau tegur aku. 

Kau tau mcm mana rasanya bila hati dan pemikiran kau sering bertelagah?
Hati kata"biarkan dia, lupakan dia'' sedang akal "kenapa nak buat mcm tu? Tak sayang dia?"

Sakitnya aku rasa setiap kali benda tu jadi.
Kenapa susah sangat eh???

Hurmmm, berharap pada sesuatu yg tak pasti 
Sama macam tunggu bulan jatuh ke riba.
Tapi tunggu kau? Macam takde apa-apa kan berlaku.
Aku tak pernah lelah dgn semua ni. 

Okay, aku berhenti dulu.
 
 

Wednesday, 21 May 2014

.Kenangan..

...Assalamualaikum rindu..

Wey, kau dekat mana?
Tak rindu aku ke?
Oh aku lupa lah yang aku ni tak layak nak kau rindu.
Haha aku minta maaf sbb aku seringkali lupa hal itu..

Kau mcm mana skrg? Bahagia dengan hidup kau?
Bagus lah kalau mcm tu sbb mmg tu yang aku nak untuk kau.
Kau mesti lebih bahagia skrg kan? Bahagia dgn org  yang selalu ada utk kau.
Bukan mcm kau dgn aku dulu. =)

Aku ingat lagi dulu bila kita sesama, 
Kita malu-2 bila berdepan. Em rindunyaa aku time tu,
Tapii skrg tu semua da jadi kenangan silam utk aku,
Skrg hubungan kita sekadar "Kawan"

Segala kenangan yang kita lalui walaupun tak banyak
Tapi mampu buat aku tersenyum sampai skrg.
Terima kasih utk semua tu wey, aku takkan lupa.

Kadang-2 bila aku ingat semua yg lepas.
Aku terseyum keseorangan, kadang aku rasa nak menangis
Kenapa ya? Apa sebab? Kenapa aku lemah?
Aku perlukan orang yang boleh bg aku semangat utk lalui semua ni.
Sebab kalau aku harung semua ni sendiri aku rasa aku da tak larat.
Tak larat nak menitiskan air mata untuk kau,.

Kau tau apa?
Air mata aku terlalu murah utk kau.
Selalu je nak keluar, aku cuba tahan, sabar.
Tapi akhirnya aku tewas.
Aku tak mampu nak tahan lagi. Makin aku simpan, pendam makin sakit yang aku rasa.
Dan kau tak pernah tau dan tak pernah nak amik tau pun kan?
Sebab bagi kau, aku ni cuma masa silam kau

Kenapa kau bagi harapan dekat aku?
Bila aku da mula sayangkan kau, kau pula lepaskan aku.
Wey kau ingat aku ni apa? Ingat aku manusia takde perasaan ke?
Kau fikir macam tu?? 
Kau sendiri kata kalau sayang bagitahu..
Kau rasa kalau aku bgtau yang aku sayang kau 
Apa akan jadi dgn perhubungan kita?

Sekarang ni je aku rasa kita mcm da jauh,apatah lagi kalau aku bgtau kau yang aku sayang kau.

Aku rasa kita tak bercakap terus mungkin?
Dulu kau kata kau nak fokus pada pelajaran.
Baik, aku faham dan aku cuba untuk lupakan kau.
Dan sekarang? Apa yang kau nak sebenarnya wey?
Kau nak aku faham kau, aku faham kau.
Tapi ada tak kau buat apa yang aku buat utk kau?

Pernahtak kau cuba utk faham aku?
Aku bukannya minta banyak dari kau, faham aku da cukup.

Tu pun susah ke nak buat?? Susah ke weyy?
Aku da penat nak menangis sbb kau.

Tapi aku degil, aku nak jugak menangis utk kau.
Wey aku selama ni tak pernah mintak apa-2 dari kau
Aku tak pernah halang kau nak buat apa.
Tapi kenapa kau tak puas hati dgn aku?
Kenapa kau kata aku layan semua lelaki?
Kau cemburu bila aku rapat dgn lelaki lain


Kalau kau nak tau, bukan aku sengaja nak buat semua tu.

Bukan aku yang mintak dorang datang dekat aku.
Bukan aku yang tergedik nak lepak dengan dorang.
Dorang yang datang carik aku, aku cuba utk tak layan dorang sbb nak jaga hati kau.
Dan kau? Kau tau tak apa yang aku rasa bila kau duduk dgn perempuan lain?
Walaupun aku tau dorang takde perasaan dekat kau.

Tapi tetap perasaan "CEMBURU" tu ada.
Arghhhhh kau tak pernah fikir semua tu...

Buat apa aku nak fikir??
Sebab aku mmg kene fikir. Semua sbb aku sayang kau lah gilaaaaa!!
Tolong ah hargai sayang aku untuk kau.. Aku harap kau faham aku.
Sekali lagi aku mohon, faham lah aku.. 
Tak banyak sikit pon jadi lah wey.
Terima kasih..

*Hanya coretan*
Harap tiada siapa yang terasa.

Assalamualaikum.
Jaga diri sayang...

 

Tuesday, 20 May 2014

No Tittle!!!

      Assalamualaikum cinta..

Sekarang da hampir ke jam 12 malam dan aku masih di sini ingin mencoretkan dan meluahkan apa yang aku rasa..

Aku seorang gadis, ya seorang gadis yang mana perasaannya terkadang tidak menentu.
Haha adat bukan bila hati dan perasaan seorang gadis itu bercampur? Aku hanya seorang gadis yang terkadang hatinya berasa terlalu gembira, sedih, kecewa marah akan sesuatu perkara.

Aku ingin mengatakan bahawa hati aku da cukup penat dgn semua permainan dunia ini. 
Mengapa mereka tidak pernah mahu mengerti aku? Mungkin ada yang mengerti aku ucapkan jutaan terima kasih, tapi kau? Kau yang selalu buat aku menangis bila ingat kau, kau yang selalu tak ada utk aku, kau yang bertakhta dalam hati aku..
Mana kau? Aku rindu kan kau..
Aku tertanya, mana kau saat aku betul-2 perlukan kau? 

Kenapa kau buat aku mcm tak wujud?
Sebenarnya siapa aku dekat kau? Haa?
Kau seringkali ucap kata sayang, rindu dekat aku,
Tapi aku merasakan itu semua datang hanya di bibir kau,
Dan bukannya datang dari hati kau kan?

Memang suka mainkan perasaan orang?
Kau bahagia bila melakukan itu?

Aku da cuba dgn sebaik mungkin utk buang perasaan yang seringkali menganggu aku.
Tapi aku ni seorang manusia yang selalu kalah pada kata hati.
Aku cuba utk faham kau, aku sanggup tolak perasaan aku sendiri utk kau.
Aku sanggup biarkan hati aku sakit semata-mata nak bahagiakan kau.

Emm kau nampak tak semua tu???
Aku rasa kau hanya nampak aku yang sering lupakan kau sedangkan tidak.
Kau mula berkata itu ini tentang aku, 
Kau kata aku tak pernah faham kau,
Kau kata aku tak hargai kau.
Kau kata aku takda bila kau perlukan aku.
Kau kata aku egois. 
Oh, andai kau tahu apa yang aku rasa. apa agak kau akan buat?

Dan saat tu bila aku mula meluahkan rasa tidak puas hati aku,
Kau mula berkata yang aku tak ikhlas dengan kau.
Kau kata aku mempermainkan perasaan kau.
Kau kata aku hanya gunakan kau utk kepentingan aku sendiri.
Kau kata aku ni  sama sahaja dengan gadis-2 yg sebelumnya.

Kenapa? Kenapa kau sikit pun tak pernah nak faham aku??
Kau tau tak betapa sakitnya bila kau selalu tuduh aku?
Kau boleh rasa tidak bila terjadi benda ni dekat kau?

Aku bkn mintak banyak dari kau.
Aku hanya mahukan perhatian kau, 
Supaya aku tahu yang aku begitu istimewa dekat kau.

Kau tau bila masa tu kau terasa hati dgn aku,
Walaupun kadang masalah itu punca dari kau,
Aku cuba untuk pujuk kau dengan segala cara apa sekalipun.
Aku rendahkan ego aku utk pujuk kau.
Aku beralah dgn kau sbb aku tak suka berkelahi dgn orang yg aku sayang.
Aku cuba pelbagai cara utk lembutkan hati kau walaupun ketika itu hati aku sakit yang amat,
Tapi.. Aku ketepikan perasaan aku sendiri sbb kau.

Pernah kau fikir??

Saat kau merajuk, aku yang selalu pujuk kau.
Tapi bila masa benda tu terjadi pada aku.
Aku perlukan pujukan kau, tak perlu bermadah.
Hanya dgn kata "saya minta maaf" sahaja sudah memadai bagi aku.

Tapii.. Haha tak ada pun kata pujukan,kata maaf dari kau.
Aku cuba tidak tegur kau nak tgk sejauh mana kau rindukan aku.
Gayanya macam tidak kau rindukan aku..

Akhirnya aku ambil keputusan utk pujuk diri aku sendiri.
Aku berkata "hati, mungkin dia sibuk,tak apa lah"

Sedangkan kau waktu itu sedang bergelak ketawa.
Kau rasa adil tak utk aku semua ni??

Ada kau tau aku menangis setiap malam disebabkan kau?
Ada kau tau aku terasa dgn kau bila kau tak pedulikan aku?
Ada kau tau betapa rindunya aku bila tak jumpa dengan kau?

Ada kau tau betapa sakitnya bila terpaksa menahan rindu yang membungkam utk kau?
Ada kau tahu semua itu?? 


Jika benar kau sayang akan aku beritahu aku.
Jika benar kau cintakan aku, luahkan lah.
Aku sanggup tunggu kau... 

Ingat yang aku selalu ada utk kau sayang.
Bila kau ada masalah, jgn silu mahu carik aku yee?
Aku tak ke mana-mana. Datang lah kpd aku..
Aku sentiasa tunggu kau..


 

Kata Kata...

So, Assalamualaikum.. 
Bertemu kita sekali lagi.
Alhamdulillah =)

Hmm, ramai orang pandai bermain kata-kata kan?
Kadang dorang tak seda yg kata-2 dorang tu mampu buat kita gembira, sedih, kecewa, marah. 
Ceh!  Dengan kata-2 sesebuah perhubunganboleh jadi makin rapat dan kadang juga boleh menjadi renggang. 

Sebenarnya tanpa kita seda, dengan kata-2 yg kita ucapkan boleh merubah "mood" seseorang,
Mungkin dr sedih menjadi gembira dan mungkin juga dr gembira menjadi sedih .
Siapa tahu kan? Orang takkan bagitau kita bila mana dorang terasa dgn kata-2 kita.
Dorang akan hanya berdiam diri tanpa balas balik apa yang kita kata..

Tapi, kau jugak kena tahu aku pun terkadang terasa dgn kata-2 kau.
Aku diam bkn sbb aku lemah tapi aku penat nak berbalah dgn kau..
Kau selalu nampak aku senyum tatkala kau sedang leka berkata-kata,
Tapi kau taktau apa yang aku rasa dekat dalam hati ini.

Kau tau aku sayangkan kau tapi kemapa selalu sakitkan aku dgn kata-2 kau yg tajam tu?
Kau kata kau faham aku, tapi kenapa kau biar aku menangis bila asyik teringat kata kau?
Kau kata kau selalu ada utk aku tapi mana kau bila aku nak luahkan kata-2 aku? Mana?
Aku cuba utk terus tersenyum bila kita bersama sbb aku nak kau bahagia.
Aku tahan sebak sbb aku taknak tunjuk yang aku ni lemah.
Semua sbb kau! Kau yang buat aku jadi tak tentu arah..

Kau kata kau sayang aku. Tapi mana kau?
Kau kata kau takkan tinggalkn aku, tapi mana kau hilangkan diri?
Kau seorang yang genius.. Kenapa aku ckp mcm tu?
Sbb kau hanya pandai bermain kata-kata sayang.
Tapi kau tak pernah tunjuk pun yang kau sayang kan aku!!!

Dulu, sebelum kita ada  hubungan yang istimewa.
Kata-2 yang kau ucapkan indah seindah nya.
Sampaikan aku terlalu percaya dgn semua yg kau ucap, aku rasakan semuanya benar
Tiada satu pun yang dusta sbb aku tak kenal rapat dgn kau lagi..
Tapi sayang, satu hari kau pergi tinggalkan dgn kata-2 kau..
Kata-2 kau yang mampu buat malam aku jadi huru hara..
Aku terduduk diam keseorangan menangis teringatkan kata-kata kau..
Betapa bodohnya aku sbb terlalu percayakan kata-2 kau..

Satu je aku nak pesan dekat kau..
Jangan pernah ulang kesilapan yang sama yg pernah kau buat dekat aku.
Cukup lah aku yang rasa. jangan ulang sama sekali. Aku mohon..
Akunak ucapkan terima kasih dekat kau sbb pernah ada utk aku walaupun tak lama..
Terima kasih wahai awak!
Kenangan kita takkan aku lupa..
Aku minta maaf andai aku tak sempurna utk kau selama kita bersama..
Aku bahagia dgn kehidupan aku yg sekarang.

Selamat malam sayang.
Assalamualaikum..
Semoga diri kau sentiasa di bawah lindunganNya. 

Selamat tinggal, jumpa di kemudian hari wahai manusia..

 

Sayang....

Bismillah..Assalamualaikum.. 

Hai, rasa da lama gila tak update blog. =)
Hari 20/5/2014.
Jangan tunggu lama-2, mari mulakan..

Sayang? Ye sayang, aku tak tau mcm mana nak cakap tapi aku perasaan sayang pasti ada dalam diri semua org kan? Tipu kata takde perasaan sayang walaupun sikit? even org jahat pon mesti ade perasaan sayang..

Tapi yang aku hairan,kenapa org tak tahu nak hargai perasaan sayang tu. Haha, bila kita betul-2 da sayangkan seseorang tu, dia tak percaya, dia igt kitamain-2. Tapi sebenarnya dia sendiri tak pernah nak tanya sama ada kita betul-2 sayangkan dia ataupun tak. Selalunya perempuan yang banyak memendam perasaan berbanding lelaki. 

Sebab apa? Sbb perempuan punya "sayang" lagi hebat dr lelaki. Sekali perempuan tu da sayang kan seorang lelaki, mesti susah utk dye lupakan atau lepaskan org yg dia sayang. Walaupun lelaki tu da banyak kali sakitkan hati dia, ckp yg bukan-2 pasal perempuan tu tapi perempuan tu tetap sabar dan pendam sbb sayang. Dan dia takkan tunjuk semua tu depan org y dia sayang.

Kadang, org selalu kata "jangan jadi bodoh sbb dia, bkn dia sorang je lelaki/perempuan yg ade dlm dunia ni, ramai lagi lahh''. Hmm sebenanya org yg ckp mcm ni takde perasaan ke mcm mana? Dia tak tau ke sayang tu mcm mana? Haha idk why lah kan ade org mcm ni. Then org selalu ckp mcm ni jugak "da la, kaumove on je, buat habes masa je fikir kan dia yg tak tau hargai kau". And this kind of person pun takde perasaan? Hello, dorang ingat thewords "move on" tu senang ke? Dorang pandai cakap je, tapi dorang tak tau apa yg kita rasa dalam hati kan? Atau mungkin dorang ni jenis hati keras yg perasaan sayang tu ade tp cepat  berubah? Hmm tah lah kan..

Aku tertanya-tanya, kenapa sayang tu tak dihargai dgn betul? Kenapa tak nampak sayang tu? Buta sangat ke? kenapa perasaan sayang tu kene ade? kenapa org tak reti nak menilai perasaan sayang tu? Dan bila setiap kali aku denga perkataan sayang, aku rasa macam perkataan sayang tu terlalu murah sangat sekarang ni, mcm da takde nilai. Kenapa manusia tak tau eh? Ingat perasaan sayang tu kau boleh buat jual beli dgn sesuka hati kau? Kau ingat sayang tu ubat? Bila kau sakit, kau perlukan, dan bila masa kau sihat, sisa-2 ubat tu kau biarkan? Cuba kau bayangkan andai "SAYANG" tu boleh berbicara, apa agaknya yg akn dia kata? 

 "wey, kau igt aku ni takde perasaan? Aku ni apa? Mainan manusia yg hanya perlukan aku bila sedih? berduka? Lupa aku bila da bahagia? Aku dah penat dgn manusia mcm kau. Yang tak tau nak hargai aku. Aku da penat nak bagi diri aku dekat manusia mcm kau, aku kecewa kerana adanya manusia mcm kaiu. " -"sayang"

 Tapi hakikatnya? Tak, semua tu hanya boleh dirasai oleh orang yang da penat dengan semua permainan dunia. Jangan sampai satu masa dimana perasaan sayang tu hilang utk kau dan pada ketika itu kau datang merayu simpati dia, maaf aku rasa takkan ade peluang "sayang" utk diri kau wahai manusia. Bila mana saat dia betul-2 sayang kau, kau tak tau nakk hargai, dan skrg kau terhegeh-hegeh pulak. Kau merayu lah mcm mana sekali pun, bila hati dia da takde utkkau, kau kene faham dan berundurlah utk kebahagiaan dia. Kau takkan dapat yang sama macam dia yang pernah sayang kau dulu. Kau terlalu bodoh, ego!

Dan jika kau benar-2 sayang padanya, ikhlas cintakan dia, cepat-2 lah bagitau dia. Jangan samapai satu masa dia da bersama yang lain baru kau nak menyesal, berkata "bodohnya aku" sbb kau mmg bodoh sbb kau da terlepas peluang yg ada dan kau tak gunakan peluang tu dengan sebaiknya. 

Kesimpulannya, kau kena berfikir secara bijak bagaimana nak faham akan maksud sayang yang sebenarnya dan tanya kepada diri kau sendiri "apa sebenarnya makna sayang bagi aku?" dan kau juga perlu mencari jawapannya sendiri. Segala persoalan dan jawapan hanya ada dalam diri kau dan hanya kau je yang boleh faham diri kau sendiri secara keseluruhannya. Fikir lah wahai manusia..

Sekian coretan aku untuk hari ini. 
Harap kau bahagia.