Friday, 23 January 2015

LOL

Assalamualaikum... Hai hai.. Aku kembali hehehe Okay harini aku nak luahkan perasaan aku.. Hahahaha Pernah rasa sakit hati tak? Mesti pernah kan? Sakit tak? Macam mana rasa? Best kan, haha Merepek apa la aku ni.. Ok, aku taktau lah kan kenapa kita mesti sakit hati You know, kadang sakit hati tu tak kene tempat.. Pelik kan.. Kalau sakit hati sebab tgk org berjaya dalam hidup tu make sense la kot Sebab rasa mcm diri ni tercabar dan cuba utk jd mcm seseorang tu.. Tapi sakit hati yg tak ssepatutnya tu yg seksa wey.. Hahaha paling sakit bila hati dan perasaan kau sakit sbb org yg kau sayang.. kau boleh bayangkan keadaan tu mcm mana? Blerghhhhh I was like "what the hell is wrong with me?" Tanya soalan bodoh dkt diri sendiri.. Kau sendiri yg bodoh nak memarah lak.. PAHAL?? Siapa suruh kau sakit hati? Kenapa nak sakit hati.. Well ape yg kita rasa semua tu sbb mungkin kita sayang seseorang tu yg teramat sangat Kita beria ria sanggup tahan rasa sakit hati sebab dia sedangkan dia? tah dia rasa ke tak ape yg kita rasakan. Hahaha Beria ria kita sayang dia, tp perasaan dia dkat kita kita tak tahu betul ke dia sayangkan kita, beria ria setia lah konon dgn dia.padahal dia? tah tah ade pasang dua tiga well who knows right.. Manusia weyy, perasaan tu mesti akn berubah la.. Igt senang ke nak setia, taat pada yg satu tu? Well said, sudah do aku ckp nak jumpa lelaki/perempuan yg setia Tak kira la berapa lama dia simpan perasaan tu, dia sanggup tunggu.. Walaupun ramai yg tggu dorang tp perasaan dorang sikit tpun tak berubah bukan nak cakap apa la kan, tp aku respect. hahahahaah satu dalam sejuta kot.. aku pelik bila org kata "seseorang yg jd playgirl/boy ni dulu pernah setia tp dicurangi" Lol defakkk wey,, kau kena faham, ade org perasaan, sifat dia cepat bosan... You know bila dia da bosan dgn seseorang tu, mmg tak la dia nak stay. Lagi-2 kalau dpt yg straight forward, mmg terus je dia bgtau kau.. hahahahaha nonsense je semua tu.. Or maybe ade la kot yg dulu setia tp kene curang sbb tu jd players.. Sebab bila kau ade rekationship dgn players and the they left you just like that Tu yg lgai sakit hati, kita punya lah sayang dkt dia, At last dia nak main-2kan perasaan kita je.. HAHAHAHAHA SABAR JE LAH NAKKKKKK!!!!! KBYEEEE

Thursday, 22 January 2015

No Tittle

Assalamualaikum.. Hey, it's me.. I'm back.. :} SO how do I get started.. Hm, today is just like the other day.. Nothing happens.. You know It's kinda weird when we always thought the same things everyday, every seconds. It's like there's nothing else tht we can do.. Wait, i means here is abt feelimgs.. Have u ever feel like its time for you to give up om someone you loved for a long time but then you never stop yet u also don't know how to stop frm loving them.. It does torture and killing our feelings right? No matter what we do, We try to forget them, We try to get them rid off frm our life.. but then we lose... We lose with our own feelings.. Its just too tired when you have to fight with yr feeling.. Why is it so hard to do? Even when we tried thinking the bad things that they've did to us, you know there's always a space for us to forgive them.. Bcs they have been lived in our heart for a long time, It doesn't matter if we are the one who always give up As long as the people we loved happy That will be our happiness too.. I'll see you soon.. Bye

Monday, 26 May 2014

Jujur...

   Assalamualaikum..

Emm mcm mana nak mula ye
Jujur? em nampak mcm senang nk buat tp sebenarnya tak.
Orang yg takde dekat tempat kita, dorang taktau ape yg kita rasa.
Sebab tu mudah dorang kata " alah kau ni jujur je lah dgn dia"
 Hahaha kau igt senang? Tak weyy..

Ye, memang aku nak jujur tapi aku malu lah.
Tau tak malu? Kau bayangkan. Kau suka dia, kau nak sangat jujur bgtau dye
Tapi kau tak bgtau pon. Sbb apa?Sbb malu kan? Mcm tu jugak lah dgn aku.
Haihh. Kau taktau dalam hati aku ni mcm ape je bila pandang kau.
Kau tau time aku pandang kau tu nak je aku bgtau semua.

Hati aku mengiyakan, tapi akal aku pulak menidakkan.
Mcm mana? Kau bgtau aku mcm mana aku nak bgtau?
Susah lah wey, bkn aku taknak jujur tp tah lah, aku tak kuat.


Em. Aku sayang kau, ye aku sayang kau.
Bukan aku taknak tunjuk yg aku sayang kau
Tapi aku taktau mcm mana nak tunjuk dkat kau..
Aku tak tau dgn cara mcm mana yg nak buktikan yg aku sayang kau,
Jujur lah aku kata, aku suka bila kau usik aku, 
Walaupun kadang mcm "annoying" tapi aku tak kesah
Hehehe,
Ishh aku nak je letak nama kau dekat sini biar kau tau,
Haha kau akan baca ke semua ni?
Sebab semua yg aku tulis semua utk kau.

Sebab aku tak mampu nak luah dekat kau,
Aku luahkan dekat sini.. Hahahaha

Aku tak boleh berhenti fikirkan kau lah wey
Apa semua yg aku buat mesti terselit muka kau
Wahhh bahagia nyaa aku kau tau..
Haa wey nak tau tak?
Aku kan sebenarnya selalu mimpi kan kau..

Hehehehe bila aku bangun, benda pertama aku buat aku igt balik mimpi tu
Semua apa yg kau buat, yg kau ckp dlm mimpi aku semua aku igt
Hehe sampai tersenyum sengsorang lah aku dibuatnya.
Kau tau seronoknya andai mimpi-2 aku tu semua jd kenyataan.
Serious aku lah org paling bahagia..

Aduhaiii, kalau aku pggl kau sayang, kau marah tak??
Sbb aku memang sayang kan kau weyy..
Mcm yg aku ckp. Sayang aku utk kau takkan berubah
Susah nak hilangkan rasa sayang ni..
Mana-2 aku pergi aku bawak sayang aku utk kau..
Aku tak pernah tinggal. 
 Aku taktau sama ada kau nak percaya atau tak
Sebab apa yg aku tulis ni semua dr hati aku,
Aku bayangkan kau Blog ni, biar kau tau semuaa.


Berhenti duluu.
Sayang ikhlas dari aku utk kau..
Bye.

Friday, 23 May 2014

......

  Assalam..

Hurmm,
Aku taktau nak cakap mcm mana.
Sbb hari ni sama je dgn hari-2 yg aku lalu sebelum ni,
Setiap hari di mana aku yang selalu tunggu kau.

Tunggu kau memulakan bicara,
Aku je yang beria ria utk semua tu.
Kau pun mcm biasa aku tgk. 
Kenapa aku tak berhenti utk kejar kau?
Kenapa aku tak pernah penat?


Apa aku ni da terlalu bodoh eh?
Bodoh utk  terus belanja air mata aku sbb kau?
Kadang aku fikir kenapa aku tak buta?
Sbb bila aku buta, aku tak kenal cinta, aku taktau apa tu sayang.

Aku tak sakit hati, aku tak membazir air mata aku.
Aku takkan kenal kau dan aku takkan sayang kau mcm mana yang aku sayang kau sekarang,
Kenapa? Kenapa mesti ada perasaan sayang?
Kenapa perasaan tu taknak hilang dan susah nak padam?

Apa sbb aku da terlalu sayangkan kau?
Aku da cuba, bukan tak cuba utk lupakan kau

Aku da cuba buang kau dr hati aku tapi semua tu sia-sia
Tak jadi apa-apa pun, makin aku cuba makin lama aku yang terasa sakit.

Aku cuba utk bercakap dgn kau, tapi aku tak mampu,
Secara jujur, kau nak aku buat apa??
Kalau kau dengan aku terus macam ni sampai bila nak selesai?
Kita asyik mengadu dekat org tapi kita sendiri taknak luahkan bila depan-2.

Kenapa kau tak percaya yang aku sayangkan kau?
Kau nak bukti yang mcm mana lagi biar kau percaya yang aku sayangkan kau?

Kau nak aku jujur dgn kau tentang perasaan aku dekat kau.

Andainya aku jujur dgn kau, apa kau akan melakukan hal yang sama?
Masalah utama skrg antara kita tak ada siapa yang nak mulakan dulu.

Kau pendam aku pendam dan benda ni akan terus tergantung tak ada kesudahan.
Sampai bila nak mcm ni?

Kau kata kau takut kalau satu hari nanti kita da tak ada apa-2 hubungan

Kita takkan bertergur. Ya aku pun takut, tapi cuba kau fikir balik
Waktu sekarang ni pun kita tak bercakap? Kan?
Hurm aku da mcm org gila fikir mcm mana nak selesaikan masalah ni.


''Separuh jiwa aku nak aku berhenti dr terus bersama kau
Separuh jiwa aku kata jauhkan diri dari kau adalah yang terbaik
Itulah separuh jiwa aku yang berkata berhenti kejar kau.
Tetapi, ada pula separuh jiwa aku yang tak dpt nak tolong.
Separuh jiwa aku yg rasa udara yg aku hirup dah dibawa pergi bersama kau
Separuh jiwa aku yg hilang bila kau berlalu tanpa kata
Ada pula separuh jiwa aku yang nampak kau begitu istimewa buat aku
Dan itulah separuh jiwa aku juga berharap  bahawa kau juga rasa apa yg aku rasa"

Satu aku nak kau tahu,
Aku nak kau selalu ada utk aku
Aku nakkan perhatian kau utk aku.
Aku nak kau faham aku. Tu je,
Terima kasih...

Thursday, 22 May 2014

Kenapa?

    Salam..

Emm aku tak tau nak mula macam mana..
Aku bingung, keliru..
Tiap kali aku fikirkan kau, aku sakit.
Sakit yang teramat sangat..

Kau tau tak bila aku rindu apa yang aku buat?
Aku tak stalk kau sebab nanti aku yang sakit lagi.

Bila aku rindu, aku baca balik semua chat kita dulu.
Bila aku baca, aku akan ketawa sengsorang,
Fikir balik seronok nya kalau kita terus mcm dulu.
Tapi makin aku baca, makin deras air mata aku keluar,
Hahaha.

Kenapa aku tak pernah berhenti fikirkan kau?
Apa yang ada dekat kau sampai aku jadi mcm ni?
Kenapa aku bodoh sangat?
Kenapa aku baca semua conversations tu semua?
Kenapa wey?

Kerana secara jujur aku tak pernah lupakan kau
Aku tak boleh lupakan kau..
Untuk bagitau kau, aku segan.

Mungkin aku punya senyum,gelak tawa
Kau nampak semua tu, kau rasa aku baik-baik je.
Tapi dalam hati aku? 
Ada kau tau? Ada kau fikir?
Aku menangis utk kau, ada kau tau?
Pernah tak sekali kau fikir dan kau tanya diri kau
"kenapa dia nampak sedih?"
"kenapa dia selalu takda mood?"

"kenapa dia macam takde semangat?"
Ada kau tanya dekat diri kau mcm tu? Ada tak?


Atau pernah kau berfikir,
"dia sedih sebab aku ke?"
"aku ke yang buat dia mcm tu?"

Pernah fikir?
Kau tau bila aku nampak kau on, hati aku punya lah bahagia.
harap kau tegur aku tapi aku hanya boleh mimpi je utk semua tu..
Kau bayangkan tgk nama kau dlm list "online" je aku dah happy
Ntah ni kan pulak kalau kau tegur aku. 

Kau tau mcm mana rasanya bila hati dan pemikiran kau sering bertelagah?
Hati kata"biarkan dia, lupakan dia'' sedang akal "kenapa nak buat mcm tu? Tak sayang dia?"

Sakitnya aku rasa setiap kali benda tu jadi.
Kenapa susah sangat eh???

Hurmmm, berharap pada sesuatu yg tak pasti 
Sama macam tunggu bulan jatuh ke riba.
Tapi tunggu kau? Macam takde apa-apa kan berlaku.
Aku tak pernah lelah dgn semua ni. 

Okay, aku berhenti dulu.
 
 

Wednesday, 21 May 2014

.Kenangan..

...Assalamualaikum rindu..

Wey, kau dekat mana?
Tak rindu aku ke?
Oh aku lupa lah yang aku ni tak layak nak kau rindu.
Haha aku minta maaf sbb aku seringkali lupa hal itu..

Kau mcm mana skrg? Bahagia dengan hidup kau?
Bagus lah kalau mcm tu sbb mmg tu yang aku nak untuk kau.
Kau mesti lebih bahagia skrg kan? Bahagia dgn org  yang selalu ada utk kau.
Bukan mcm kau dgn aku dulu. =)

Aku ingat lagi dulu bila kita sesama, 
Kita malu-2 bila berdepan. Em rindunyaa aku time tu,
Tapii skrg tu semua da jadi kenangan silam utk aku,
Skrg hubungan kita sekadar "Kawan"

Segala kenangan yang kita lalui walaupun tak banyak
Tapi mampu buat aku tersenyum sampai skrg.
Terima kasih utk semua tu wey, aku takkan lupa.

Kadang-2 bila aku ingat semua yg lepas.
Aku terseyum keseorangan, kadang aku rasa nak menangis
Kenapa ya? Apa sebab? Kenapa aku lemah?
Aku perlukan orang yang boleh bg aku semangat utk lalui semua ni.
Sebab kalau aku harung semua ni sendiri aku rasa aku da tak larat.
Tak larat nak menitiskan air mata untuk kau,.

Kau tau apa?
Air mata aku terlalu murah utk kau.
Selalu je nak keluar, aku cuba tahan, sabar.
Tapi akhirnya aku tewas.
Aku tak mampu nak tahan lagi. Makin aku simpan, pendam makin sakit yang aku rasa.
Dan kau tak pernah tau dan tak pernah nak amik tau pun kan?
Sebab bagi kau, aku ni cuma masa silam kau

Kenapa kau bagi harapan dekat aku?
Bila aku da mula sayangkan kau, kau pula lepaskan aku.
Wey kau ingat aku ni apa? Ingat aku manusia takde perasaan ke?
Kau fikir macam tu?? 
Kau sendiri kata kalau sayang bagitahu..
Kau rasa kalau aku bgtau yang aku sayang kau 
Apa akan jadi dgn perhubungan kita?

Sekarang ni je aku rasa kita mcm da jauh,apatah lagi kalau aku bgtau kau yang aku sayang kau.

Aku rasa kita tak bercakap terus mungkin?
Dulu kau kata kau nak fokus pada pelajaran.
Baik, aku faham dan aku cuba untuk lupakan kau.
Dan sekarang? Apa yang kau nak sebenarnya wey?
Kau nak aku faham kau, aku faham kau.
Tapi ada tak kau buat apa yang aku buat utk kau?

Pernahtak kau cuba utk faham aku?
Aku bukannya minta banyak dari kau, faham aku da cukup.

Tu pun susah ke nak buat?? Susah ke weyy?
Aku da penat nak menangis sbb kau.

Tapi aku degil, aku nak jugak menangis utk kau.
Wey aku selama ni tak pernah mintak apa-2 dari kau
Aku tak pernah halang kau nak buat apa.
Tapi kenapa kau tak puas hati dgn aku?
Kenapa kau kata aku layan semua lelaki?
Kau cemburu bila aku rapat dgn lelaki lain


Kalau kau nak tau, bukan aku sengaja nak buat semua tu.

Bukan aku yang mintak dorang datang dekat aku.
Bukan aku yang tergedik nak lepak dengan dorang.
Dorang yang datang carik aku, aku cuba utk tak layan dorang sbb nak jaga hati kau.
Dan kau? Kau tau tak apa yang aku rasa bila kau duduk dgn perempuan lain?
Walaupun aku tau dorang takde perasaan dekat kau.

Tapi tetap perasaan "CEMBURU" tu ada.
Arghhhhh kau tak pernah fikir semua tu...

Buat apa aku nak fikir??
Sebab aku mmg kene fikir. Semua sbb aku sayang kau lah gilaaaaa!!
Tolong ah hargai sayang aku untuk kau.. Aku harap kau faham aku.
Sekali lagi aku mohon, faham lah aku.. 
Tak banyak sikit pon jadi lah wey.
Terima kasih..

*Hanya coretan*
Harap tiada siapa yang terasa.

Assalamualaikum.
Jaga diri sayang...

 

Tuesday, 20 May 2014

No Tittle!!!

      Assalamualaikum cinta..

Sekarang da hampir ke jam 12 malam dan aku masih di sini ingin mencoretkan dan meluahkan apa yang aku rasa..

Aku seorang gadis, ya seorang gadis yang mana perasaannya terkadang tidak menentu.
Haha adat bukan bila hati dan perasaan seorang gadis itu bercampur? Aku hanya seorang gadis yang terkadang hatinya berasa terlalu gembira, sedih, kecewa marah akan sesuatu perkara.

Aku ingin mengatakan bahawa hati aku da cukup penat dgn semua permainan dunia ini. 
Mengapa mereka tidak pernah mahu mengerti aku? Mungkin ada yang mengerti aku ucapkan jutaan terima kasih, tapi kau? Kau yang selalu buat aku menangis bila ingat kau, kau yang selalu tak ada utk aku, kau yang bertakhta dalam hati aku..
Mana kau? Aku rindu kan kau..
Aku tertanya, mana kau saat aku betul-2 perlukan kau? 

Kenapa kau buat aku mcm tak wujud?
Sebenarnya siapa aku dekat kau? Haa?
Kau seringkali ucap kata sayang, rindu dekat aku,
Tapi aku merasakan itu semua datang hanya di bibir kau,
Dan bukannya datang dari hati kau kan?

Memang suka mainkan perasaan orang?
Kau bahagia bila melakukan itu?

Aku da cuba dgn sebaik mungkin utk buang perasaan yang seringkali menganggu aku.
Tapi aku ni seorang manusia yang selalu kalah pada kata hati.
Aku cuba utk faham kau, aku sanggup tolak perasaan aku sendiri utk kau.
Aku sanggup biarkan hati aku sakit semata-mata nak bahagiakan kau.

Emm kau nampak tak semua tu???
Aku rasa kau hanya nampak aku yang sering lupakan kau sedangkan tidak.
Kau mula berkata itu ini tentang aku, 
Kau kata aku tak pernah faham kau,
Kau kata aku tak hargai kau.
Kau kata aku takda bila kau perlukan aku.
Kau kata aku egois. 
Oh, andai kau tahu apa yang aku rasa. apa agak kau akan buat?

Dan saat tu bila aku mula meluahkan rasa tidak puas hati aku,
Kau mula berkata yang aku tak ikhlas dengan kau.
Kau kata aku mempermainkan perasaan kau.
Kau kata aku hanya gunakan kau utk kepentingan aku sendiri.
Kau kata aku ni  sama sahaja dengan gadis-2 yg sebelumnya.

Kenapa? Kenapa kau sikit pun tak pernah nak faham aku??
Kau tau tak betapa sakitnya bila kau selalu tuduh aku?
Kau boleh rasa tidak bila terjadi benda ni dekat kau?

Aku bkn mintak banyak dari kau.
Aku hanya mahukan perhatian kau, 
Supaya aku tahu yang aku begitu istimewa dekat kau.

Kau tau bila masa tu kau terasa hati dgn aku,
Walaupun kadang masalah itu punca dari kau,
Aku cuba untuk pujuk kau dengan segala cara apa sekalipun.
Aku rendahkan ego aku utk pujuk kau.
Aku beralah dgn kau sbb aku tak suka berkelahi dgn orang yg aku sayang.
Aku cuba pelbagai cara utk lembutkan hati kau walaupun ketika itu hati aku sakit yang amat,
Tapi.. Aku ketepikan perasaan aku sendiri sbb kau.

Pernah kau fikir??

Saat kau merajuk, aku yang selalu pujuk kau.
Tapi bila masa benda tu terjadi pada aku.
Aku perlukan pujukan kau, tak perlu bermadah.
Hanya dgn kata "saya minta maaf" sahaja sudah memadai bagi aku.

Tapii.. Haha tak ada pun kata pujukan,kata maaf dari kau.
Aku cuba tidak tegur kau nak tgk sejauh mana kau rindukan aku.
Gayanya macam tidak kau rindukan aku..

Akhirnya aku ambil keputusan utk pujuk diri aku sendiri.
Aku berkata "hati, mungkin dia sibuk,tak apa lah"

Sedangkan kau waktu itu sedang bergelak ketawa.
Kau rasa adil tak utk aku semua ni??

Ada kau tau aku menangis setiap malam disebabkan kau?
Ada kau tau aku terasa dgn kau bila kau tak pedulikan aku?
Ada kau tau betapa rindunya aku bila tak jumpa dengan kau?

Ada kau tau betapa sakitnya bila terpaksa menahan rindu yang membungkam utk kau?
Ada kau tahu semua itu?? 


Jika benar kau sayang akan aku beritahu aku.
Jika benar kau cintakan aku, luahkan lah.
Aku sanggup tunggu kau... 

Ingat yang aku selalu ada utk kau sayang.
Bila kau ada masalah, jgn silu mahu carik aku yee?
Aku tak ke mana-mana. Datang lah kpd aku..
Aku sentiasa tunggu kau..